VIDEO PERTAMA DI YOUTUBE

Video pertama di Youtube

YouTube adalah satu platform yang membolehkan anda memuatnaik dan berkongsi video anda kepada seluruh warganet. YouTube yang didaftarkan pada tahun 2005 kini telah menjadi satu platform yang sangat terkenall dan ddigunakan oleh lebih 2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

YouTube bukan sahaja digunakan secara sosial tetapi juga untuk tujuan korporat dimana banyak syarikat yang menggunakan YouTube untuk mengetengahkan lagi jenama mereka. Bukan itu sahaja, YouTube juga terkenal dengan video-video pelajaran di mana anda boleh dapatkan pengetahuan tentang pelbagai perkara sama ada masakan, tutorial, self-help dan banyak lagi.

Kini kami ingin berkongsi video pertama yang telah dimuatnaik di YouTube. Video yang pertama dimuatnaik ke dalam YouTube adalah milik salah seorang daripada 3 pengasas YouTube itu sendiri yang bernama Jawed Karim. Video berdurasi 18 saat ini dimuatnaik ke YouTube pada 23 April, 2005.

Video pertama di YouTube

Video Jawed Karim ini dirakam di Zoo San Diego dan dihadapan sekumpulan gajah. Video ini telah di tonton sebanyak lebik daripada 180 juta kali (setakat September 2021) sejak ianya dimuatnaik di YouTube 15 tahun dahulu.

Walaubagaimanapun, video ini adalah satu-satunya video yang dimuatnaik oleh Jawed Karim ini melalui Chanel YouTubenya yang menggunakan nama “Jawed”

2 thoughts on “VIDEO PERTAMA DI YOUTUBE”

Leave a Reply to admin Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *