
Ramai yang tiba-tiba ingin menjadi YouTuber lebih-lebih lagi ketika pandemik melanda negara. Keazaman kita semua meningkat apabila cerita tentang “Che Nom” & Sugu Pavithra menjadi viral di media sosial. Sementara itu, nama YouTuber terkenal Malaysia seperti “Isa Isarb”, “Isaac Osman” dan “Azhar Heri” terus bermain di mulut peminat tegar mereka. YouTuber digambarkan mempunyai kehidupan yang baik dan mewah hanya dengan pendapatan hasil dari YouTube Channel mereka.
Sama ada kerana bosan, hobby atau ingin menjana pendapatan melalui YouTube, semua “pengamal” YouTube perlu melalui proses monetisasi untuk membolehkan mereka diterima-masuk ke “YouTube Partnership Program” atau YPP. Syarat untuk diterima-masuk ke program YPP, mereka perlu penuhi 3 perkara: 1000 Subscriber, 4000 Watch Hour dalam 12 bulan terakhir & Tiada pelanggaran “Community Guidelines Strike”. Bukan mudah untuk memenuhi kesemua syarat tersebut tetapi bukanlah mustahil. Berikut 5 perkara yang saya akan akukan berbeza untuk capai syarat tersebut:
1) BUAT VIDEO BAWAH 5 MINIT SEBELUM SUBSCRIBER CAPAI 500 ORANG
Saya akan buat video semenarik mungkin tetapi durasinya di bawah 5 minit kerana dalam jangaka masa ini, kita masih dalam proses memperkenalkan identiti dan video terlalu panjang biasanya tidak ditonton secara penuh. Dari segi YouTube Analytics, peratusan “Watched” yang menonton 3 minit daripada video 5 minit adalah 60% berbanding jika mendapat tontonan 3 minit daripada video 30 minit atau 10% sahaja. Ini adalah salah satu cara untuk mendapatkan anjakan daripada YouTube Analytics bagi membantu mempromosikan (masuk dalam kategori suggested) video kita.

2) BUAT KAWAN DI YOUTUBE. SUBSCRIBE, LIKE & TINGGALKAN KOMEN DI VIDEO MEREKA
Dari pengalaman saya, kawan-kawan YouTuber dari Sabah dan Sarawak adalah antara yang paling aktif dan sangat membantu bagi mendekatkan kita untuk mencapai syarat monetisasi. Berkawan dengan mereka, tinggalkan komen yang baik berdasarkan apa yang anda tonton di video mereka. Komen yang anda tinggalkan akan dilihat oleh pemilik channel YouTube tersebut dan mereka akan balas dengan melawat, menonton dan menyokong video anda kembali. Sekiranya komen anda tiada kaitan dengan video atau komen generic yang menampakkan anda sebenarnya tidak genuine, percayalah, merkea akan melakukan perkara yang sama kepada anda. Perlu diingat, bukan sahaja pemilik channel YouTube tersebut yang nampak komen anda, malah YouTuber lain juga nampak dan jika komen anda ala kadar, mereka akan takut & malas untuk menyokong video dan channel anda juga kerana mereka tahu anda tidak genuine.
3) BUAT VIDEO #SHORTS
Video YouTube #Shorts adalah video berbentuk “portrait” atau paling kurang berbentuk petak yang berdurasi kurang dari 1 minit. Video YouTube #Shorts adalah lebih mudah untuk menjadi viral dan boleh mencapai tontonan yang tinggi. Video YouTube #Shorts ini tidak banyak membantu untuk mencapai 4000 watch hour tetapi pada pengalaman saya, tontonan yang tinggi dapat membantu menaikkan jumlah subscriber dengan cepat.
4) BUAT VIDEO DENGAN KONSISTEN

Pada hemat saya, 2 video biasa seminggu diselang dengan 1 video YouTube #Shorts adalah kombinasi yang baik bagi mempercepatkan monetisasi. YouTube and melihat anda sebagai seorang YouTuber yang serius menghasilkan konten. Penghasilan video secara konsisten ini akan membantu YouTube Analytics untuk membantu meletakkan video anda ke suggested video yang berkesan. Konten yang banyak ini akan memberi data yang cukup kepada YouTube Analytics untuk mempelajari tentang konten anda. Ini bermakna YouTube akan sampaikan video anda kepada pengguna yang dipercayai akan menyukai video anda.
5) BUAT THUMBNAIL YANG BAIK
Tiada siapa yang dapat tahu apa isi video anda tanpa meng”klik” video anda untuk ditonton. Bagi membolehkan mereka teruja untuk klik ke video anda, perlulah ada ThumbNail yang menarik dan jelas dilihat dengan cepat. Thumbnail yang baik perlu bagi membolehkan video anda ditonton.

BONUS: JIKA 4000 WATCH HOUR SUSAH DICAPAI, LAKUKAN PERKARA INI UNTUK DAPAT 4000 WATCH HOUR
Selain daripada 5 perkara di atas, satu lagi yang saya boleh dilakukan untuk capai 4000 watch hour adalah dengan membuat video yang panjang. Seperti yang dinyatakan di atas, bawah 500 subscriber saya buat video bawah 5 minit. Sejurus selepas saya capai 500 subscriber, saya akan terus buat video yang lebih panjang, sepanjang yang boleh tatapi janganlah sampai membosankan. Video dalam lingkungan 20 minit adalah baik. Diselangkan dengan video panjang lingkungan 30 hingga 45 minit.
Apabila kita sudah capai 1000 subscriber, ada dua feature yang penting daripada YouTube akan dibuka untuk kegunaan kita, iaitu “Go Live” dan “Community Tab” yang mana anda boleh buat “Create a Post”. Jalinkan hubungan baik dengan kawan-kawan YouTube anda melalui post di community tab. Biar mereka dekat dan ingat anda jadi mereka akan terus menyokong channel anda. Perlu anda ingat, mereka juga perlu sokongan anda, jadi jangan berhenti melawat dan komen di channel mereka juga.

Okay, feature “Go Live” pula adalah feature dari YouTube yang akan membantu anda mendapatkan 4000 watch hour. Seperti namanya, anada kena kuatkan semangat dan buat video live. Setiap yang menonton akan membantu menaikkan watch hour anda dengan cepat dan tak tersangka. Anda boleh buat live melalui apps seperti Prism sebelum anda dapatkan 1000 subscriber, tetapi sejujurnya saya tak nasihatkan anda untuk short cut sebegini. Pada hemat saya, sebelum anda capai 1000 subscriber, anda belum ada cukup “fan-base” untuk anda buat live. Perlu diingat, 1000 subscriber tak bermakna semua 1000 adalah aktif. Mungkin 10 hingga 20 peratus saja yang masih bersama anda. Juga bila anda buat live nanti, jangan takut kalau cuma ada 2 atau 3 orang saja yang menonton, teruskan buat lagi dan didik diri menjadi public speaker yang baik. Yang tak menonton live akan menonton secara delayed, ini juga membantu tambah watch hour anda nanti.
Harapnya perkongsian di atas dapat membantu. Jika ada soalan, boleh tinggalkan komen di bawah. Jika ada masa, tontonlah video dari channel saya ni. 🙂
Perkongsian yang baik.
Terima kasih
Menarik
Terima Kasih
Info yang sangat membantu
Terima kasih
Terima kasih!
Very good post! We are linking to this particularly great content
on our website. Keep up the good writing.
Terima kasih dengan perkongsian info bermakna ini..tq