Youtube untuk Promote Perniagaan Anda?

Kebanyakan orang takut menggunakan YouTube untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Anda tidak seharusnya takut kerana video yang paling popular bukanlah video yang profesional. Mereka hanya orang biasa, yang berada di depan kamera dan bercakap tentang perkara yang paling dia tahu (kadang-kadang juga perkara yang mereka tidak tahu) tetapi mendapat sambutan yang luar biasa di alam maya.

Nah kami kongsikan 5 TIPS untuk jadikan Youtube platform untuk mempromosikan perniagaan anda!

TIPS 1 – Tiru Apa Yang Berkesan

Sebagai permulaan, tidak perlu fikirkan sesuatu yang baru.

Secara amnya, video yang baik itu lucu, pelik, atau berguna. Luangkan sedikit masa menonton video di YouTube dan pelajari apa yang sesuai. Ketahui video apa di pasaran anda yang paling banyak tontonan, tinggi penilaian, banyak komen & engagement serta ramai subscribers. Tiru apa yang mereka lakukan!

TIPS 2 – Curi Kata Kunci

Cari video yang paling popular di pasaran anda dan salin tag yang mereka senaraikan. Ini akan meningkatkan kemungkinan video anda akan disenaraikan di bawah “cadangan” ketika seseorang melihat video tersebut.

TIPS 3 – Letak Kata Kunci di Semua Tempat

Cara terbaik untuk membantu orang mencari video anda adalah dengan memasukkan kata kunci anda dalam tajuk, keterangan dan tag.
Gunakan Alat Kata Kunci Google untuk mencari variasi kata kunci untuk tag tambahan.

TIPS 4 – SOFT SELLING

Tidak perlu memaksa! Kebanyakan orang tidak suka dipaksa. Cuba buat mereka fikir yang keputusan mereka datang dengan sendiri. Rancang corong pemasaran anda dan anda akan melihat tindak balas yang jauh lebih baik.

Guna perkataan seperti:
*Tonton Video YouTube Saya
*Pergi ke Blog Saya untuk Tonton Lebih Banyak Video
*Daftar untuk Mendapatkan Video Eksklusif Saya (Anda Menangkap Alamat E-mel Di Sini)
*Mulakan dengan tawaran yang terendah atau barangan paling kecil dan murah dahulu
*Kemudian apabila mereka sudah yakin dengan anda, tawarkan barangan yang lebih tinggi atau lebih mahal

TIPS 5 – Rangkaian Sosial

Youtube adalah Rangkaian Sosial. YouTube bukan sekadar laman perkongsian video tetapi juga tempat berinteraksi. Anda boleh menambah rakan, menghantar mesej kepada mereka, menyertai kumpulan, membuat kumpulan anda sendiri dan menggunakan papan buletin untuk berinteraksi dengan komuniti YouTube. Mulakan dengan menjadi “geng” dan bina keyakinan, naikkan “branding” anda dan seterusnya berikan tawaran yang baik untuk mereka.


Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *