GAYA VIDEO

Setiap Video Menyampaikan Sebuah Penceritaan Yang Unik

Video yang kami hasilkan bergantung kepada keperluan dan kehendak anda dan setiap keperluan atau kehendak boleh disampaikan melalui video yang berbeza bagi menarik minat dan perhatian penonton.  

PENERANGAN SECARA VISUAL

MELALUI VIDEO ANIMASI

Memang sukar mendapatkan perhatian penonton lebih lagi jika perkara yang ingin disampaikan itu adalah topik yang berat. Anda cuma ada beberapa saat sahaja untuk menarik perhatian atau“mereka akan lari“. 

VIDEO KACAK memastikan animasinya sentiasa bergerak dan berubah dengan transisi keluar & masuk yang lancar disusuli warna yang terang dan musik latar yang bersesuaian beserta suara yang jelas bagi menarik perhatian penonton sasaran. Pergerakan pantas dan visual yang terperinci ini dapat mengekalkan minat untuk ditonton, disenangi dan menyeronokkan. 

VIDEO BERSIRI

BAGI MODUL & KEMPEN

Walaupun video animasi papan putih mampu menyampaikan maklumat secara kompak, cepat dan ringkas. Namun penyampaian secara modul atau bersiri juga mampu memberikan keselesaan yang lebih kepada penonton bagi menerima maklumat yang diberi. 

Modul yang biasanya berbentuk ilmiah sesuai disampaikan secara bersiri. Video bersiri juga sangat baik bagi menjalankan kempen. Video dipecahkan kepada beberapa video pendek akan memberi impak yang lebih mendalam kepada penonton, secara tidak langsung memberikan perspektif yang lebih baik terhadap jenama dan produk. 

LAIN - LAIN VIDEO

SHOOT & REVIEW

Kami juga adalah peminat makanan. Nak kami review? Boleh sahaja

SHOOT & EDIT

Video untuk produk anda. Nak kami buatkan jadi iklan? Boleh sahaja.