Betul ke Kandungan Youtube anda Automatik berada di Google Search?

Berdasarkan Carian Sejagat dari Google, semua video, gambar, berita, buku serta carian tempatan akan digabungkan dalam hasil carian Google. Ini membantu pencari untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

Apakah maksudnya ini? Ini bermaksud, semua maklumat dari video di Youtube akan juga diserapkan ke dalam Google sebagai data. Maksudnya tajuk, deskripsi, suara (termasuk fungsi alih suara) akan sinilai oleh Google dan menjadi data yang boleh di cari. Anda mungkin menyedari bahawa video muncul lebih kerap di hasil carian Google. Ini menunjukkan bahawa Google menganggap video sama pentingnya dengan teks. Anda boleh memanfaatkannya dengan menulis artikel berkualiti tinggi di laman web anda dan membuat video pelengkap di YouTube. Melakukan ini akan membina pautan balik ke laman web anda, yang bermaksud anda lebih kerap dijumpai di Google oleh orang yang mencari.

Kesannya kepada perniagaan anda? Dengan memanfaatkan YouTube sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran untuk perniagaan anda, ia membantu meningkatkan kebolehcarian seterusnya menempatkan carian kepada perniagaan atau produk/servis anda. . Semakin berwibawa laman web anda di mata Google, semakin tinggi kedudukan laman anda dalam hasil carian. Ini akan memudahkan lagi bakal pengguna atau pembeli mencari produk anda.

Jadi jangan tunggu lagi. Manfaatkan keebihan Youtube untuk perniagaan anda sekarang juga!

Fakta menarik: Lebih daripada 60% pencari akan klik pada 3 hasil pertama di Google, dan lebih daripada 90% daripada semua pencari Google akan klik pada 10 hasil organik pertama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *