Bagaimana nak Promosi Produk Di Youtube?

YouTube adalah tempat yang baik untuk kita iklankan produk atau servis. Kenapa? Kerana kebanyakkan orang semakin kurang berminat untuk membaca jadi dengan Youtube, anda boleh promosikan barangan dengan berbagai format yang boleh menarik minat bakal pembeli.

Youtube juga adalah percuma! Untuk mengenalkan produk anda di YouTube, hanya perlu ambil kamera dan paling senang adalah dengan menggunakan camera telefon anda sahaja. Ambil video untuk produk anda dan muat naik video ke YouTube. Semudah itu sahaja! Tetapi anda perlulah juga belajar beberapa trik supaya video anda menarik perhatian dan seterusnya menjadi pilihan bakal pembeli. Kita akan bincangkan juga trik-trik ini dalam post yang akan datang.

Youtube juga boleh di integrasi dengan pelbagai platform media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, Twitter, Linked dan lain-lain. Hanya perlu kongsikan link dan video anda di Youtube kini boleh dimainkan di platform media sosial yang lain. Jadi, marketing material anda berfungsi untuk ditonton melalui platform yang lain juga. Best kan? memang best! 🙂

Selagi smartphone ada di tangan, selagi itulah anda berpeluang untuk mempromosikan produk anda. Jangan tunggu lagi! Bakal pembeli sedang menunggu anda tu…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *