PERMULAAN KAMI
VIDEO KACAK mulanya diwujudkan bagi memberi ruang kepada Usahawan atau PKS untuk mempunyai video tersendiri untuk memperkenalkan produk mereka. Terlalu ramai usahawan dengan pelbagai macam jenama dan produk bersaing untuk mendapatkan tapak dan pasaran.
Kami berharap dengan servis yang kami berikan, menjadi satu platform awal kepada usahawan dalam membantu mengetengahkan produk mereka bagi bersaing dalam industri mereka.
VIDEO ANIMASI PAPAN PUTIH
Doodle Video atau Video Animasi Papan Putih (Whiteboard Animation) adalah video ringkas yang menggunakan animasi seperti melakar untuk menyampaikan penceritaan. Doodle Video amat sesuai bagi menyampaikan penerangan secara menarik. Doodle Video sering digunakan bagi memperkenalkan JENAMA, PRODUK atau SERVIS.
Doodle Video juga sering digunakan sebagai video pengajaran (Instructional Video) kerana Doodle Video ini bersifat menerangkan.
CERITA KAMI
Kami juga usahawan dan kami dapati perjalanan untuk memperkenalkan produk atau servis adalah sangat mencabar. Kami sentiasa mencari konsep atau jalan bagi membina jenama dan memperkenalkan produk kami. Video adalah alat pemasaran yang sedang berkembang dan diminati lantaran semakin ramai yang suka menonton video daripada membaca, ini terbukti dengan YouTube yang kini di akses lebih dari 1 Biillion Jam sehari.
Pelbagai jenis video boleh digunakan untuk tujuan penjenamaan dan promosi.
- Video Interview perlu kelancaran
- LIVE Video perlukan kepetahan bertutur
- Produk Review gunakan influencer berbayar
-
Profesional Video boleh mencapai ribuan ringgit
- CGI atau 3D Animasi adalah lebih mahal dan memakan masa
- Whiteboard Animation Video pula hasilkan video ringkas & menarik
Whiteboard Animation Video atau kami panggil video doodle adalah platform permulaan yang sangat bagus bagi mereka yang ingin mempunyai video tersendiri. Banyak platform video animasi papan putih yang telah kami cuba, masa kami telah luangkan untuk menambah dan memperbaiki kemahiran serta wang yang telah kami belanjakan untuk mendapatkan platform yang sesuai juga naik-taraf software kami bagi memastikan video animasi yang terbaik dapat disediakan hanya untuk pelanggan kami.
Siapa Kami
Peminat dan Pereka Video Animasi bagi Tujuan Penyampaian Maklumat
Misi Kami
Membantu Semua bagi Memiliki Video Animasi Tersendiri
Visi Kami
Menjadi “The Go To Guy” bagi Perkhidmatan Video Animasi Ringkas di Malaysia
