Online Presence
Online Presence atau Kewujudan Dalam Talian. Kami yakin semua orang percaya akan kepentingan mempunyai Online Presence. Lebih lagi bagi pemilik perniagaan, tidak kira saiz atau jenis perniagaan. Ini jelas terbukti apabila media sosial kini penuh dengan iklan & semua Platform Media Sosial mengalu-alukan peniaga untuk menggunakan platform mereka bagi mengiklankan perniagaan.
Online Presence tanpa mengira industri, boleh memberi impak yang besar. Pada zaman ini, sesetengah perniagaan tidak menyedari bahawa majoriti pelanggan mereka akan melawat Laman Web mereka sebelum membuat pembelian. Memiliki Online Presence yang kukuh, terutamanya Laman Web boleh membantu menjana lebih banyak hasil. Ya, Laman Web dapat memberi kesan kepada hasil & pendapatan anda.

Artikel ini akan berkongsi kepentingan dalam memastikan setiap perniagaan memiliki Laman Web. Dalam sesetengah kes, organisasi perniagaan selalunya teragak-agak untuk berada di atas talian kerana mereka merasakan mereka tidak cukup celik teknologi dan tidak faham cara mengurus Laman Web. Ada juga yang terlalu memikirkan tentang harga. Berita baiknya ialah penyediaan Laman Web kini lebih murah dari yang disangka and bagi kerisauan lain, terdapat penyelesaian yang sesuai untuk anda.
Jika anda masih memerlukan keyakinan, jom kita lihat sebab utama pentingnya perniagaan anda mempunyai Laman Web.
Kredibiliti
Kredibiliti adalah antara sebab paling utama untuk memiliki sebuah Laman Web. Kemungkinan terdapat beberapa perniagaan lain yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang sama adalah tinggi.
Satu cara bagi membolehkan Jenama anda lebih menonjol adalah dengan mempunyai Laman Web yang kelihatan baik dan dapat menyampaikan maklumat berkualiti serta jelas kepada bakal pelanggan. Segala persoalan tentang produk atau perkhidmatan dengan mudah diperolehi melalui Laman Web.
Secara tidak langsung membina Kredibiliti yang akan membentuk reputasi & kepercayaan seterusnya membantu bakal pelanggan menjadi pelanggan setia.

Penjenamaan / Branding
Memiliki Laman Web menguatkan lagi Penjenamaan. Dengannya, identiti Jenama dapat dikenali dan diiktiraf. Kelebihan dan kelainan yang membezakan daripada pesaing boleh disampaikan kepada bakal pelanggan bagi membina keyakinan mereka.
Tinjauan atas talian menunjukkan 71% pengguna mengatakan adalah agak penting untuk mereka mengenali jenama sebelum membuat pembelian. Ini bermaksud Penjenamaan meningkatkan lagi peluang bagi bakal pelanggan untuk mendapatkan servis atau produk dari Jenama yang mereka kenali. Tanpa Laman Web, ia boleh menjadi sangat mencabar untuk melakukan penjenamaan ini kerana maklumat berkenaan Jenama yang dicari tiada dalam talian.
Petunjuk Jualan / Leads
Antara sebab yang paling menarik untuk mempunyai Laman Web bagi perniagaan adalah kerana ia boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan petunjuk (Sales Leads). Sebaik sahaja perniagaan anda ditemui dalam talian, mereka yang berminat dengan produk atau perkhidmatan perniagaan anda akan dapat mengetahui maklumat yang dikehendaki dengan lebih lanjut.
Ini memudahkan mereka untuk menghubungi anda melalui maklumat yang didapati dari Laman Web, seterusnya memberi anda peluang untuk meningkatkan jualan anda. Walaupun Laman Web mempunyai kos, apabila digunakan dengan betul, ia dapat memberi ROI yang positif.

Trafik Organik
Apabila Laman Web perniagaan anda berada di atas talian, secara automatik membolehkan perniagaan anda untuk muncul dalam hasil carian atas talian seperti Google, Yahoo, Internet Explorer dan lain-lain. Dengan tetapan SEO yang optimum, kedudukan carian akan menjadi lebih baik.
Apabila prospek melayari internet untuk mencari sesuatu produk atau perkhidmatan, Laman Web anda akan dipaparkan dalam hasil carian tersebut. Ini memberi peluang untuk perniagaan anda ditemui supaya produk atau perkhidmatan yang anda berikan dapat digunakan.
Penjimatan Masa + Perkhidmatan Pelanggan
Perniagaan sering mendapat panggilan daripada prospek atau pelanggan sedia ada untuk bertanya soalan mudah contohnya tentang lokasi atau waktu operasi. Jika terlepas panggilan, pelanggan mungkin terus beralih kepada pembekal lain. Menjawab panggilan sebegini juga boleh mengalih perhatian anda daripada fokus kepada perkara yang lebih penting dalam perniagaan anda.
Laman Web dapat membantu untuk pra-layan dan memberikan maklumat ringkas kepada bakal pelanggan anda. Ia membantu pelanggan mencari maklumat yang berguna tanpa perlu menghubungi anda terlebih dahulu. Ini juga akan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik secara menyeluruh.
Kemas Kini & Pengumuman
Memandangkan Laman Web dibuka dan tersedia 24/7 (24 jam sehari – 7 hari seminggu), adalah mudah untuk menyiarkan kemas kini dan pengumuman kepada pelanggan secara terus. Ini adalah satu cara untuk memastikan mereka mendapat maklumat terkini tentang semua yang anda lakukan.
Yang lebih menarik, mereka dapat mengakses maklumat yang mereka perlukan tanpa mengira masa. Walau jam 2 pagi pun – hanya tuju ke Laman Web dan terus dapatkan maklumat yang diperlukan tanpa perlu mengganggu & menunggu.

Pemasaran Digital
Apabila anda ingin memanfaatkan Pemasaran Digital sama ada untuk tujuan Penjenamaan atau meningkatkan petunjuk jualan (Sales Lead) bagi mengembangkan lagi perniagaan, lakukannya dengan mendorong trafik ke Laman Web atau halaman pendaratan (Landing Page) di Laman Web. Bakal pelanggan yang paling berpotensi juga boleh disasarkan dengan memanfaatkan “sejarah trafik” Laman Web anda bagi mendapatkan ROI terbaik dari perbelanjaan iklan yang akan dijalankan.
Walaupun anda belum bercadang untuk menjalankan pemasaran digital berbayar, Laman Web adalah sangat baik disediakan dan disiarkan terlebih dahulu bagi membolehkan keberadaan “Jenama” anda berada di atas talian mengumpulkan sejarah trafik yang amat berguna pada masa hadapan.
Kesimpulan
Laman Web telah menjadi sangat penting untuk perniagaan pada zaman ini. Setiap perniagaan amat digalakkan untuk membina sebuah Laman Web jika masih belum melakukannya. Laman Web boleh dikemaskini dan diperbaiki dari semasa ke semasa, tetapi kuncinya adalah untuk mula membina & memilikinya.

Kami di VideoKacak ada menyediakan servis membangunkan LAMAN WEB untuk anda. Hubungi kami atau klik butang untuk maklumat lanjut.