Adakah anda ingin menceriakan kandungan laman sosial serta web anda dengan video yang menarik? Adakah anda mencari cara untuk menjadikan latihan pekerja lebih menarik? Animasi Papan Putih atau “WhiteBoard Animation” boleh menjadi penyelesaian yang anda cari.

Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” adalah video yang sangat sesuai untuk memberi penerangan, biasanya digunakan memberi peneragan atau tunjuk-ajar atau menerangkan sesuatu sistem, juga boleh digunakan untuk menceritakan tentang produk.
Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” amat berkesan untuk menyampaikan idea yang kompleks. Penggunaan Animasi Papan Putih atau “WhiteBoard Animation” boleh meningkatkan perhatian dan pengekalan tontonan sehingga ke akhir video anda.
7 Sebab WhiteBoard Animation Sesuai untuk Anda:
1. Menerangkan Sesuatu Yang Kompleks
Jika produk atau sistem yang anda ingin huraikan adalah rumit atau teknikal, Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” boleh membantu.
Penonton sering merasa bosan semasa mendengar penerangan. Lebih terperinci sesuatu penjelasan tersebut, lebih sukar untuk memberi tumpuan. Sama ada anda ingin memberi maklumat berkaitan produk atau berkongsi proses baharu kepada pasukan anda, penggunaan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” yang berkualiti tinggi untuk menyampaikan penerangan akan mengekalkan minat yang tinggi kepada penonton anda selagi video sedang dimainkan. Ini kerana Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” bergerak pantas, terperinci secara visual dan juga berwarna-warni, menjadikannya mudah dan menyeronokkan untuk ditonton sepanjang penerangan dari Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” berlangsung.
2. Membentangkan Pelbagai Maklumat Secara Cepat, Kompak & Menarik
Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” adalah sesuai jika anda ingin meliputi sejumlah besar maklumat dalam pembentangan. Dengan kata lain, banyak maklumat boleh disampaikan secara kompak dan menarik dengan cepat dan ringkas melalui Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos”. Dengan idea yang terungkap secara visual sambil narator menerangkan perkara yang berlaku, anda juga boleh secara tidak langsung memasukkan tambahan idea yang berbeza dalam video yang sama, tanpa menghilangkan minat penonton.
3. Memberi Kelebihan Yang Menarik & Penerangan Yang Jelas
Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” yang kelihatan bercirikan “industri-namun-kasual” sangat sesuai dengan persekitaran korporat. Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” juga boleh memberi anda kelebihan yang ketara berbanding pesaing apabila anda mendekati prospek anda dengan dengan tawaran yang disampaikan dengan cara yang lebih menarik perhatian & penerangan yang jelas.
4. Menggunakan YouTube atau Media Sosial untuk Promosi
Jika anda ingin menggunakan YouTube atau Media Sosial yang lain untuk mempromosi produk atau servis anda, Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” sangat sesuai dengan format tersebut. Penonton juga amat menyukainya jadi anda mempunyai peluang yang baik untuk mendapatkan tontonan dan seterusnya minat yang membawa kepada jualan.
(Fakta menarik: Adakah anda tahu terdapat 300 bilion carian dijalankan di YouTube, setiap bulan? Jika anda mahu bahagian anda dalam trafik itu, menggunakan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” mungkin merupakan pertaruhan terbaik anda.)
5. Menyampaikan Penceritaan Bagi Produk atau Servis Anda
Anda mahu video anda menceritakan sebahagian daripada kisah jenama anda? Antara cara terbaik menyampaikan cerita anda adalah dengan menggunakan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos”. Disney membuktikan hampir seratus tahun yang lalu bahawa animasi adalah cara yang sangat berkesan untuk bercerita. Mengapa tidak ikuti sahaja tradisi itu?
6. Medium Pelbagai Cara untuk Menyampaikan atau Berkongsi Maklumat
Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” adalah salah satu cara untuk menyampaikan sesuatu topik kepada penonton dengan berkesan. Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” boleh digunakan seperti contoh-contoh berikut:
MENGAJAR– Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” boleh digunakan untuk menyampaikan topik pelajaran kepada pelajar lebih lagi semasa musim pandemik / endemik yang membataskan perjumpaan secara bersemuka
TAKLIMAT – penyampaian taklimat ringkas atau arahan terutamanya kepada pelawat atau peserta sesuatu program menggunakan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” seperti contoh kepada pelawat dalam industri kritikal seperti O&G yang memerlukan pelawat menduduki taklimat pendek sebelum memasuki kawasan kilang atau pengeluaran (production). Video hanya perlu dimainkan sebelum mereka memasuki kawasan tersebut.
MODUL – modul ringkas untuk hebahan awam berkenaan sesuatu topik boleh dibuat menggunakan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” tanpa memerlukan seorang penceramah untuk menyampaikan maklumat tersebut secara sendiri
ARAHAN – menyampaikan arahan kepada pasukan atau pekerja dengan lebih efektif & jelas juga boleh dilakukan dengan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” contohnya menyampaikan arahan kepada pasukan berkenaan cara melakukan sesuatu tugasan dengan SOP terbaru
SERUAN – seruan untuk bertindak atau “call to action” boleh disebarkan melalui Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” dengan perkongsian maklumat dan tindakan yang perlu dilakukan di dalam video tersebut
7. Mudah, Ringkas, Cepat & Murah
Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” adalah proses penghasilan video yang paling mudah, ringkas, cepat dan murah. Proses penghasilan video dengan cara Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation” adalah:
MUDAH – sangat mudah tanpa perlu pelakon, penghasilan skrip yang panjang, pencarian tempat atau set untuk penggambaran, mendapatkan permit penggambaran, memohon keizinan penggambaran, menjalankan penggambaran, pekerja yang ramai untuk menjalankan penggambaran dan banyak lagi kerumitan untuk menyiapkan video tersebut. Proses Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation” hanya berjalan di komputer oleh pakar yang berpengalaman.
RINGKAS – hanya perlu kongsikan jalan cerita dan hala tujuan penceritaan atau penerangan yang ingin disampaikan. Selebihnya pakar reka Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation” akan jalankan tugas untuk menyiapkan video anda.
CEPAT– Oleh kerana tiada proses penggambaran yang diperlukan, penghasilan Video animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” adalah cepat denganpenghasilannya hanya perlukan kreativiti, mengumpul dan memilih aset (gambar yang diperlukan) dalam video dan editing dari pereka yang berpengalaman. Proses tambahan yang diperlukan adalah merakam suara atau voice over (opsyen / jika perlu) dan ini juga boleh dilakukan dengan mudah, cepat dan ringkas.
MURAH – oleh kerana proses penggambaran tidak diperlukan, maka kos pelakon dan petugas penggambaran yang lain tidak diperlukan. Ini menjadikan kos penghasilan Video animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” ini adalah sangat murah berbanding penghasilan video lain, lebih lagi bagi kegunaan TVC/Commercial atau pengiklanan.
Kesimpulan
Jelas sekali, Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” amat berkesan bagi menyampaikan maklumat dengan cara yang jelas, cepat dan menarik kepada penonton. Kos penyediaan Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” juga adalah antara yang termurah dan termudah berbanding dengan kos menyediakan video lain yang memerlukan penggambaran yang memakan masa dan kos yang tinggi.
Contoh Video Animasi Papan Putih / “WhiteBoard Animation Videos” boleh ditonton seperti di bawah ini:
Pingback: WHITEBOARD ANIMATION: CARA MENARIK BAGI PERKENALKAN SERVIS ANDA – Video Kacak