
Okay geng. Siri yang dinanti-nanti iaitu Money Heist atau la casa de papel kini sudah pun boleh ditonton secara strim mealui Platform NETFLIX. Seperti yang kita ketahui, Money Heist musim ke-lima adalah musim yang terakhir bagi siri Money Heist. Musim kelima Money Heist ini akan memberikan kita semua penutup atau kesudahan bagi rompakan yang sedang berlangsung di Bank Of Spain.
Namun, musim kelima ini adalah penutup kepada siri Mone Heist ini?
Secara ringkas. TIDAK. Money Heist season 5 ini masih belum berakhir lagi. Terdapat 5 episod dalam Money Heist season 5 dan ianya berakhir dengan kematian salah satu karakter besar yang juga adalah “suara latar” dalam Money Heist. Namun begitu, season kelima Money Heist ini merupakan bahagian pertama bagi sirinya yang terakhir. Ini bermakna masih ada sambungan kepada siri Money Heist yang akan keluar dijadualkan pada 3 Disember nanti.

Jadi, adakah karakter besar ini benar-benar telah mati? Apa yang akan terjadi kepada Professor dan ahli perompak yang lain dalam Money Heist? Sama-sama kita tunggu jawapannya pada bulan Disember nanti.