10 PERKARA MENARIK BERKENAAN YOUTUBE!

1. YOUTUBE BERMULA PADA HARI “VALENTINE”

YouTube asalnya adalah bertujuan untuk menjadi sebuah platform temujanji. Domain YouTube telah didaftarkan pada 14 Febuari 2005 iaitu pada hari kekasih telah menemui jalan buntu apabila idea untuk memuat naik video tentang diri sendiri untuk dilihat calon pasangan adalah terlalu peribadi, mereka menukar idea membolehkan pengguna memuatnaik apa jenis video ke internet. Video pertama yang bertajuk “Me at the Zoo” telah dimuatnaik kira-kira 2 bulan kemudian dan telah mendapat sambutan yang baik seterusnya menaikkan nama YouTube.

2. YOUTUBE DIMILIKI OLEH GOOGLE

Google telah “membeli” YouTube pada harga 1.65 billion pada Oktober 2006. Pada masa tersebut, nilai ini adalah sangat besar. Walaubagaimanapun, nilai ini adalah begitu kecil berbanding nilai YouTube sekarang.

ADS IN YOUTUBE = MONEY FOR GOOGLE

3. PENGIKLANAN MELALUI YOUTUBE BERMULA SEAWAL 2007

Google adalah syarikat pengiklanan terbesar di dunia. Mereka tidak memerlukan masa lama untuk mula meletak iklan di YouTube. Iklan pertama perkhidmatan itu disiarkan di YouTube pada bulan Ogos 2007, hanya sembilan bulan setelah Google membeli laman web ini.

4. TERDAPAT 98 VERSI YOUTUBE

Pada bulan Jun 2007, YouTube mula melancarkan versi laman webnya yang disesuaikan mengikut tempat ataupun “Localized Versions”. Pengguna YouTube di negara yang berbeza disesuaikan dengan ciri yang berbeza serta domain tingkat atas disesuaikan dengan negara mereka (misalnya, .com, .co.uk, .fr, dll.). 10 negara pertama yang berjaya mendapatkan laman YouTube mereka sendiri adalah A.S., UK, Brazil, Perancis, Ireland, Itali, Jepun, Belanda, Poland dan Sepanyol.

Sehingga kini, dan program localized version ini telah berkembang secara mendadak sehingga ke lebih daripada 98 negara yang kini mempunyai versi mereka sendiri. Terbaru disiarkan setakat Januari 2019 adalah Bolivia, Costa Rica, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Nicaragua, Panama, dan Uruguay.

YOUTUBE MENGIKUT CIRI SETEMPAT DI NEGARA SEURUH DUNIA

5. NILAI YOUTUBE ADALAH LEBIH DARI 150 BILLION USD

Pendapatan tahunan YouTube kini melebihi $15 bilion USD. Niai keseluruhan YouTube adalah lebih daripada $160 bilion USD pada Tahun 2021. Hampir 100 kali ganda dari nilai yang dibayar oleh Google pada tahun 2006.

6. TERDAPAT LEBIH 2.1 BILLION PENGGUNA AKTIF BULANAN DI YOUTUBE

Terdapat lebih 2.1 bilion pengguna YouTube di seluruh dunia setakat tahun 2021. Perkhidmatan penstriman sangat digemari oleh pengguna internet yang lebih muda, yang kadang-kala menonton video dari platform YouTube beberapa kali sehari untuk menghiburkan diri atau mengikuti berita terkini. Jumlah ini hanya mengira kepada pengguna yang telah log masuk ke dalam akaun YouTube mereka. Jumlah pengguna adalah jauh lebih tinggi jika pengguna tidak log masuk diambil kira.

7.0 PERSONALITI YANG PERTAMA MENCAPAI 1 JUTA TONTONAN

Bagi kebanyakan peminat bola sepak, penyerang Brazil yang bernama Ronaldinho adalah salah satu pemain terhebat yang pernah muncul dalam permainan bolasepak. Berkat popularitinya di seluruh dunia, video Ronaldinho yang telah dihasilkan oleh Nike adalah video pertama yang mendapat satu juta tontonan pada Oktober 2005. Video tersebut menunjukkan kepakaran Ronaldinho membuat skill yang sangat menarik.

Video Pertama di Duni mencapai 1 Juta tontonan.

7.1 VIDEO PERTAMA MENCAPAI 100 JUTA TONTONAN

Lagu bertajuk Girlfriend adalah lagu nyanyian penyanyi genit Avril Lavigne yang paling popular yang juga merupakan adalah lagu pertama yang berjaya meraih 100 juta tontonan di YouTube setelah dilancarkan pada tahun 2008. Terdapat beberapa kontroversi mengenai bagaimana video itu berjaya meraih tontonan yang begitu tinggi di Youtube, dengan syarikat PR Lavigne dituduh memanipulasikan sistem YouTube bagi memecah rekod tersebut.

7.2 VIDEO PERTAMA MENCAPAI 1 BIllION TONTONAN

Video pertama yang menerobos untuk mendapatkan tontonan di YouTube melebihi 1 bilion adalah megahit global PSY melalui lagunya Gangnam Style. Artis Korea Selatan ini meraih kejayaan sehinggakan PBB memanggil penyanyi itu sebagai “force of world peace.”

8. VIDEO SELAIN “MUSIC VIDEO” YANG PALING TINGGI TONTONANNYA ADALAH BERBAHASA RUSIA

Satu-satunya video bukan berbentuk muzik dalam video di YouTube yang paling banyak ditonton adalah berbahasa Rusia iaitu dari episod rancangan TV kanak-kanak, Masha & The Bear. Rancangan ini telahpun ditonton sebanyak 3.4 bilion kali di YouTube (Setakat 2019)

9. VIDEO DALAM BENTUK HD PERTAMA KALI MUNCUL PADA TAHUN 2009

Pertama kali YouTube dapat disaksikan dalam definisi tinggi adalah pada pelancaran secara global bagi ciri ini pada bulan November 2009.

10. YOUTUBER YANG BERPENDAPATAN PALING TINGGI DI DUNIA ADALAH SEORANG KANAK-KANAK

Ryan Kaji adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Texas yang juga pemilik Channel YouTube “Ryan’s World” telah dinobatkan sebagai bintang YouTube dengan bayaran tertinggi di dunia oleh Majalah Forbes. Pada tahun 2020 sahaja pendapatannya adalah hampir USD 30 juta.

BONUS: CHANNEL YANG PALING BANYAK SUBSCRIBER DI YOUTUBE

T-Series adalah label rekod terbesar di India. T-Series merupakan Channel yang paling banyak subscriber di YouTube. Jumlah subscriber mereka setakat tahun 2021 adalah sebanyak 192 juta seterusnya menjadikan mereka syarikat paling ramai pengikut di YuTube.

Pewdiepie pula adalah personality dengan subscriber paling banyak di YouTube. Pewdiepie mempunyai kira-kira 110 juta pengikut ataupun subscriber di Youtube setakat tahun 2021. Pewdiepie adalah YouTuber berbangsa Sweden yang terkenal terutamanya untuk video berformat “Let’s Play” dan video dan rancangan berbentuk komedi.

Tontoni juga video kacak atau #DiaryChefKacak sebagai sokongan anda terhadap channel kami!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *